nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


February 29, 2012

Wordless Wednesday 3 - 9 Perkara yang perlu diubah jika solehah yang didamba



" Jalan ke arah solehah itu tidak mudah. Namun bila dah mencapainya, ganjarannya sangat indah."

Memang kita tidak sempurna, tapi kita boleh berubah untuk menjadi sempurna dan walaupun perubahan itu masih tidak sesempurna kendiri para isteri nabi,  seperti Siti Khadijah ataupun Aishah, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menjadi yang terbaik seperti mereka. Dan kerana perubahan yang sedikit demi sedikit itu jugalah telah menjadikan diri kita lebih baik hari ini daripada hari semalam dan mungkin lebih baik lagi pada hari mendatang. Moga semua Muslimah dapat menjadi Qurratu A'yun (penyejuk mata) di mata ibu bapa, suami dan Allah SWT. Amin.





p/s : hidup ini singkat, gunakanlah dengan sebaik yang mungkin.


February 27, 2012

HER's day out with the girlsss!

Assalamualaikum wbt =)


hye silent readers semua! sihat-sihat belaka tak anda harini? kalau sihat alhamdulillah, tapi kalau dah rasa tak sihat ala-ala nak demam panas, pergi la rajin-rajinkan diri menelan ubat yang pahit bak peria tu, hehe~ okay entri ni sepatutnya ditulis dari semalam lagi. tapi apakan daya? masa tak mengizinkan sebab terlalu banyak benda aku nak buat dalam satu hari! maklumlah nama pun anak dara kan.....sighsss~ kalau tak mengemas rumah mesti lah kena masak, kalau tak masak mestilah kena sental baju yang bertimbun macam guni beras (adik beradik ramai mehh), kalau tak menyental baju kena melipat tak pun sidai baju pulak. eh macam-macam lagi laa, malas aku nak mention, korang pikirlah sendiri yea? dan kesudahannya aku tidur melepek kat atas katil lebih awal dari biasa, dan last-last blog ni dibiarkan sekali lagi terkubur macam kapal Titanic yang tersadai kat dalam dasar lautan Atlantik...kesiannn. okay tipu je, aku langsung takde perasan kesian tu, hahahaha (dah mula gelak tak ingat dunia dah!)


okay back to the main point. last saturday, i'd went to Mid Valley Megamall and had a wholeday fun time hangout with bella and yana. Mid for short has been the usual place where we used to hangout together. aku malas nak pergi Times Square sebab kena tukar train bagai and KLCC pulak baru je recently ni pergi sana. so we've decided to meet up at Mid. yaya and una were supposedly to join us too, but yaya had to cancel it by last minute plan as her "mamat" can't keep her accompany from Uniten because he got some PA works to do. while una had to help her aunt to held a feast at her house as they will go for an umrah, if i'm not mistaken...in anytime soon or maybe earlier.


Most of the outfits belongs to Mom...what a vintage outwear i had today! winkwink!


so that day activities were filled up just by the three of us. tapi tak kalah gosip jugak anak-anak dara pingitan ni walaupun bertiga! ehemmm2, dah lama tak jumpa kan... mesti lah pung pang pung pang kuat satu dunia! hohohohoho (dia buat lagi gelak tak ingat diri tuuu! ishhh3!) guess what have we done during all day long at that place??? jengjengjeng!


1. i went straight to Starbucks to redeem my free grande size Frappuccino (dah lama nak redeem tapi takde masa) while Bella changed her coupon at Coffee Bean. the best part, Bella beli satu je ice blended the dapat free satu, terbaik! then we had meals at Carl's Jr. since it's already noon by the time we arrived there. 




2. we meet up with The Lorax while loafing in front of the long queue of the movie's ticket counter.





Terima kasih kat abang yang bawak Lorax ni sebab tolong snap gambar kitorang. actually aku nak suruh dia tangkap gambar menegak, tapi takpelah sebab tengok ramai lagi orang queue kat belakang, terus tak jadi. cam tak sampai hati lak nak demand macam artis meletupss terhangat di pasaran! lagipun tengok dia dah penat sorang-sorang, lagi la aku jadi tak sampai hati nak suruh itu ini. oh yaa! aku teringat satu kejadian lepas tangkap gambar dengan The Lorax ni. yana tetiba bersuara, bunyi lebih kurang cenggini laa...

yana : Eh Lorax ni comel la! macam Garfield! tapi dia menatang ape dohh?
aku : Entah! aku pun taktauu. tak pernah dengar gak, bila kartun ni wujud weh?
bella : Aku pun taktau gak...(buat muka seposen kali doplohpat juta)

kesudahannya, we end up laughing our ass off thinking about who is The Lorax. haaa tulah yang dikatakan gila glamour tak hengat dunia. tapi kitorang tak eh? ecehhh, backup diri sendiri. tapi memang betul ape? Lorax ni comel dohh cam Garfield, so dari tak dapat snap gambar dengan Garfield, dengan Lorax pun ok what? at least aku ada jugak snap gambar dengan haiwan cute ni, kau ada? hohohohohohoho (gelak bangga yang memang buat orang rasa nak bagi penampar sedas dua!)


3. shop myself a new pair of sneakers and a bag! worthy stuff after all, nak guna untuk pergi kelas. ecececehh, bakar semangat la konon nak gi kelas? what a typooo! (=_=') 




as for me, Mid Valley has been one of my favourite spot to shop almost anything! why? because i can simply find what i want under one rooftop! senang kan? lagipun aku ni malas nak berjalan plus cerewetnya bila nak beli barang, Ya Allah! hanya Dia saje la yang tahu betapa cerewet mewetnye aku dalam memilih barang yang aku nak beli, bukan apa...takut tak berbaloi! hihihi~ opss, tergedik sebentar bersama Kit Kat! errr, apa kes Kit Kat dengan aku gedik ni? ahhh, lantak la...


4. loafing inside the wedding expo dekat exhibition hall tepi kedai sport Nike. aku yang gatal nak masuk sebab nak sgt tengok wedding dress cantik-cantik dalam tu. macam la dah ade calon sgt? hahaha, dapat tengok pun jadi lah kan, peace! then then aku dapat belon free! macam budak2 dah perangai =)




okay last but not least, saje je aku nak letak jugak gambar ni! sharing is caring! hahaha~






this is the three of us! saya yang paling tinggi sebab saya berdiri dekat tangga eskalator paling belakang sekali, and and and saya pakai heels 5 inci! bijak kan? kan? kan?  hihihi~


February 23, 2012

He has mercy on me =')



there's no other word except ALHAMDULILLAH that i can say after seing the result yesterday. i'm so speechless! but i thanked God for giving me this chance. i know that it's just not only me who got DL among the rest of other classmates but i'm glad that my name is listed among one of them. thank you Allah swt...thank you. and this result is the best present which i can give to Mom and Dad.






p/s : dear God, don't let me keep astraying from your path with this gift. i prayed, please protect and keep me from those evil whispers that keep playing in my head. amin...


February 22, 2012

Wordless Wednesday 2 - New member


Smiley : Hye guys! From now, i'm gonna join and be part of this team, because i belong to you guys!
Squiggle jellies : Err?????


February 21, 2012

Do not worry about tomorrow

dear diary...
what should i do???
eventhough my heart beats so fast
my face wouldn't show how it supposed to react
perhaps i'm way too anxious
too wait for tomorrow
bet i'm not brave enough to face the facts




my heart keeps worrying too much
Ya Allah, please...
i prayed to you
make my heart feels calm down a little bit
let me hear it says...



AMINNNN!




p/s : tomorrow will be the end of this anticipation. i'm praying for the best to my girls and me.

Masa kecil-kecil dulu......

Assalamualaikum wbt.

Dalam nak percaya dengan tak, 2012 dah menandakan usia aku genap 20 tahun. (tapi birthday aku belum lepas cause imma a Libra babies! teehee~) sedar2 je aku dah besar, orang tua2 kata dah anak dara pun. tapi aku selalu rasa macam baru semalam je aku kena marah dengan mak sebab balik waktu Maghrib bila keluar main dengan kawan2. dan aku selalu gak rasa macam baru semalam je aku kena kejar dengan anjing masa lalu kawasan semak untuk balik rumah lepas habis sekolah agama. dan macam2 lagi la benda yang aku rasa macam baru je berlaku semalam. cepat betul masa ni berlalu...




masa kecil dulu, aku suka buat benda-benda ni. dan sampai sekarang aku masih lagi suka buat benda yang sama ( just certain part la memandangkan kalau aku buat semua, mesti free2 kena cop pesakit mental dek orang yang nampak, aku dah besar kannnn? ahaks! ahaks! )


Masa kecil dulu...1
aku suka cakap depan kipas. sebab aku nak dengar suara sendiri jadi suara robot. sanggup duduk sampai kebas bontot semata-mata nak rekod suara robot tiruan aku yang paling menjadi. aku rasa sangat cool!


Masa kecil dulu...2
bila nampak motor keling yang jual jajan, roti dengan kek peket ( yang dia gantung kat motor tu ) lalu depan rumah, aku akan kejar dengan selaju yang mungkin sambil jerit kuat2 suruh dia berhenti. sebab aku suka sangat makan kek lapis 3 warna yang dia jual tu ( kuning, hijau, pink kadang2 oren ) dan aku just boleh dapatkan kek tu dari motor keling, tu pun kalau bernasib baik dapat laa makan sekali seminggu. kat kedai runcit mana ada. dan aku panggil kek tu kek pelangi.


Masa kecil dulu...3
aku lah orang yang paling happy bila hujan turun. sebab aku suka main hujan. bagi aku, lagi lebat lagi bagus! masa tu x terfikir pun bahaya kalau panah petir, yang penting dalam otak ni dapat main hujan. walaupun mak x pernah bagi. aku siap curi2 keluar rumah ikut pintu belakang semata-mata nak main hujan. lagipun aku payah nak demam. alhamdulillah, masih bernafas hingga sekarang.


tumblr lq8pv0q9FC1qj6onbo1 500 60+ Tumblr Photography


Masa kecil dulu...4
aku suka makan chewing gum bentuk bulat yang dalam plastik dia ada warna merah kuning oren. sebab chewing gum tu manis. lepas tu aku dengan kawan2 akan lawan siapa boleh buat bubble paling besar. last2 bubble meletup kena bibir ngan muka, amek kau setepek! padan muka! bhahahahaha!




Masa kecil dulu...5
permainan favourite masa main petang2 adalah main masak-masak, police entry dan kahwin-kahwin. sebab bila main masak-masak, aku boleh berangan jadi chef terkenal. bila main polis entry, aku boleh berangan jadi kuat ( hakikatnya aku tomboy masa kecil pastu aku main tumbuk2 dengan budak lelaki kat area rumah aku, cehhhs ). bila main kawen-kawen lak, aku suka jadi pengapit. kalau pengantin ade laa kena paksa beberapa kali tapi aku tak rela, muahahahhaaha. aku lagi suka jadi pengapit tak pun tukang tabur bunga rampai sebab aku boleh baling daun-daun yang kitorang kutip kat muka kawan aku, jahat habis aku ni, ngehngeh~



Masa kecil dulu...6
aku suka main bubble yang boleh tiup-tiup tu. kalau sabun dalam botol tu dah habis, aku tukar dengan sabun Sunlight mak aku. pernah one time tu, aku habiskan Sunlight mak semata-mata nak ganti sabun dalam botol yang dah habis. mak aku pun, apelagi....terus angin laaaa! muehheheeeheheee!


tumblr lke1l95JFt1qj5xeko1 500 60+ Tumblr Photography


Masa kecil dulu...7
aku suka berangan! nak ada baju cantik banyak-banyak, nak ada bilik sendiri siap dengan kaler pink macam patung Barbie, nak ada rumah besar macam istana, nak kahwin dengan anak raja la, pot pet pot pet blaa blaa blaa blaa. pendek kata semua benda aku nak, bhahahahahaha! tapi itu dulu, sekarang dah tau beza apa tu realiti apa tu angan-angan, so kena la berpijak di atas bumi yang nyata. kesimpulannya, berangan tu boleh tapi jadikan angan-angan tu cam batu loncatan untuk dapatkan apa yang kita nak. tapi jangan la pulak kau berangan tak ingat dunia. maksudnya berangan je lebih cam Mat Jenin tapi effort sikit pun takde. hmmm harapan tinggal harapan jela.....





actually, aku rasa rindu sangat nak jadi budak kecil balik. masa tu memang tak payah langsung nak fikir susah senang cari duit, dan macam-macam lagi laaaa. tapi masa yang dah berlalu...akan terus berlalu. so aku buat keputusan untuk teruskan hidup macam budak-budak sampai la ke tua. ehh...eh...stop! bukan nak jadi budak-budak sampai tua, tapi untuk terus belajar dan mematangkan diri aku dari semasa ke semasa. ecehhh, ayat skema gila, okay boleh muntah tepi longkang sekarang, muehehehehehe~ gelak sambil lap hingus terpeset-peset. aku tak suka selsema, gyaaaahh! (=_____=' )


sekian untuk post kali ni, with loves, wasalam! =)


February 19, 2012

Tired

Assalamualaikum wbt =)


hye girls! hye boys out there! ( trying to be kinda out of her mind for a time being absolutely, by yelling screaming like a mad person. ohhuwaiyahhh! 'HER' which refers to 'ME'. yes me! it's me! yes i'm crazy! hahahahahhahaa )




nothing much to say actually. i just feel tired. super duper tired! and that's really weird. why? because for someone such an energetic person like me, i can say moreee like to a hyperactive kid could be ( i'm pretty sure you guys knew how these kids behave aite? ) and being tired is totally sooooo not me! which means i'm absolutely out of energy. God! screaming again, gyahhhhh! what happened? 


oh yaa? just recalled. i've just finished helping Mom rearranges the cabinets inside her room by 7pm. angkat sana angkat sini pheww penat gila kalah lawan gusti dengan Farhan! and guess what? we've started it from..err i don't really remember by what time we've started it, but one thing for sure, it sure does take a long time to do all of those things by just the three of us! ( Dad was helping too since it was his room anyway )


so what's the purpose behind or rearranging those heavy cabinets blaa blaa blaa? we're not going to move lah, hihi. it's just that Mom is going to get herself a new ready-installed wardrobe inside her room in another two weeks! so that's why i'm helping her to angkat sana angkat sini all of those old cabinets. 


mak aihh terasa nak patah pinggang aku (its sokay maaa, i'va already started to drink milk since i was 15, so i bet my bones structure are sure can last longer good enough, yehemeheemmeeheememe! )




again, nothing much to say...imma feeling a lil bit sleepy already. gonna go to bed now. goodnight peeps! love ya! 

February 17, 2012

What has Lego done to Captain America???

Assalamualaikum wbt.


I've found this video just now. you won't believe it! curious enough? then watch this video clip!




I thought those actions in most of the superheroes movies nowadays can only be done through computers and CGI technique. but Lego has proved me wrong! and as we can see with what they have done with Legoman blocks? this is cool man...truly cool and awesome!








p/s : actually, there's a few more actions done by other Legoman superheroes, but i'm more attracted to this one! =)

Monolog dalaman untuk orang kaya

Assalamualaikum wbt =)


dengan duit, semua benda kau nak beli, show off betul!


Ada apa dengan kaya...?


Bila kaya, semuanya semudah 1, 2, 3. Cakaplah nak apa, boleh petik jari sahaja. nak shopping, berlambak card credit ada. nak beli kereta boleh, tak perlu nak usha dari jauh bak kata pepatah dekat di hati, jauh di mata. nak pergi mana-mana, drebar kereta dah bersedia. nak makan penuh satu meja, boleh terus order sahaja. nak melepaskan tekanan jiwa, boleh pergi melancong pada bila-bila masa. nampak tak apa kau ada bila kau kaya?


Tapi sayang seribu sayang...


Kaya sahaja tak guna kalau tiada budi bahasa. kaya sahaja tak guna kalau buruk pekertinya. kaya sahaja tak guna kalau suka mengeji, menghina orang kurang upaya. kaya sahaja tak guna kalau tidak mahu membantu meringankan beban orang susah di sekeliling kita. kaya sahaja tak guna kalau kedekut untuk menderma. kaya sahaja tak guna kalau liat mengeluarkan harta ke jalan yang diredhai-Nya.


Hakikatnya...


Dengan kaya mungkin boleh beli pelbagai harta benda termasuk jiwa manusia, dan dengan kaya kau mampu untuk memiliki hampir kesemua perkara dalam dunia...tetapi yakinkah kau akan bahagia di akhirat sana seperti ketika kau masih bernyawa di dunia?


Renung-renungkan dan selamat beramal. sekian.

peringatan untuk diri sendiri.

Cantik...perlu ke?

Assalamualaikum wbt.

Aku nak meluahkan rasa tidak kepuasan hati yang melambung tinggi mengalahkan ombak tsunami. amaran awal! post kali ini hanya luahan hati dan perasaan yang telah disimpan dan dipendam bagai jeruk buah salak dalam botol yang untuk dijual dan dimakan.


Sejujurnya aku rasa kecewa yang teramat sangat sampaikan kalau boleh tertinggung-tinggung, mesti aku dah buat bila aku tengok semakin ramai orang yang memandang luaran lebih dari peribadi itu sendiri. kadang-kadang benda ni buat aku terfikir, kenapalah boleh jadi camni, kat mana la salahnya dan siapa pulak yang aku nak salahkan dengan bagi cop mohor "SI SEMPURNA" setepek kat dahi dia! jawapan yang paling cliche aku selalu dapat...


aku : kenapa eh blaa...blaa...blaa...blaa...
si polan : nak buat camne dohh, dah lumrah manusia...kau kena paham tu.
aku : *muka hampa plus nak memaki-maki pun ada gak sebab menyampah dengan jawapan camtu, tapi memang betul pun...haihhhh


si minah plastik yang selalu dipuja jejaka-jejaka tampan di luar sana, cehhhh!


Okay biar aku tunjuk dalam bentuk perbandingan nak bagi korang paham.


bila cantik
~selalu dipilih untuk jawat apa-apa jawatan sebabnya dia kiut-miut sangat, geramnya tengok muka rasa nak cubit-cubit je!
bila kurang tak cantik
~kalau bernasib baik dapat laa jugak jawatan bila tercalon (dicalonkan pun sebab orang sekeliling menganjing nak bagi malu) tapi tu pun dapat pegang jawatan yang paling cikai sekali.


bila cantik
~ " Hye adik, boleh abang tumpangkan?" siap orang offer nak jadi driver/kuli/balaci dengan gembiranya!
bila kurang tak cantik
~ " Hye adik, boleh abang tumpangkan?" GEDEGANGGG! ohh rupanya aku mimpi je (=___=)


bila cantik
~ si cantik kenyit-kenyit mata lalu si penjual pun berkata, "Ye adik manisss, mau beli apa? itu harga boleh kasi kurang lagi untuk cik adik manisss". ( motif : senang dapat discount rate pada kadar melampau yang tak masuk akal! )
bila kurang tak cantik
~ si hodoh melemparkan senyuman ikhlas. lalu si penjual berbicara dalam hati, "Nak mintak discount la tu, puihh! dalam mimpi pun aku x bagi!" ( motif : niat murni si hodoh selalu disalah ertikan, sobsss! )


bila cantik 
~ "Sir/Madam nampak sangat bergaya, kacak, handsome/ayu, anggun, cantik lah harini. apa rahsia ni? share la petua awet muda Sir/Madam tu dengan saya, hihihi". kemudian si cantik tersenyum kambing tersengih-sengih sampai gusi kering demi mengampu lecturer. pappp! serta-merta carry marks naik mendadak mengalahkan top scorer dalam kelas.
bila kurang tak cantik 
~ "Sir/Madam, saya tak faham subtopik ni. boleh explain lagi?" lalu lecturer dengan muka kelat tak berapa sudi dan ikhlas memberi penerangan so-so jeee. dan berkata, "Kalau tak faham lagi, awak tanya lah kawan-kawan yang lain." ( hanya certain lecturer perangai hodoh camni, bukan semua )


bila cantik
~ "Ehemm, tumpang lalu...", banyak mata-mata nakal dari para jejaka buaya yang mengiringi ketika si cantik berkata-kata lalu dibukakan laluan seluas-luas supaya si cantik tak tersadung lalu jatuh di atas anak tangga! ( motif : kalau orang cantik mintak tolong, senang je dapat, xyah nak tunggu lama, berduyun-duyun datang! )
bila kurang tak cantik
~ "Maaf, tumpang lalu yea..." si hodoh berkata-kata dengan sopannya. tetapi para jejaka memandang jelek dan sempat mengutuk dalam hati dengan berkata, "Elehhh, nak bajet sopan ayu depan aku pulak, ingat aku nak terpikat? harapan jela, puihh!" ( motif : nak mintak tolong pun payah, siap kena kutuk bagai dulu padahal orang tu mmg betul-betul tengah susah! )


bila cantik
~ "Kau jangan lupa follow blog marina heliya tau, tau! blog dia awesome, cool habis! dia pun cantik sangat!" kata si polan kepada si polan. ( motif : followers ramai cecah ribuan orang hanya kerana cantik )
bila kurang tak cantik
~ "Krikk...Krikk...Krikk" bunti cengkerik berkumandang. alahai bila lah nak bertambah-tambah follower aku ni. ( motif : blog dipandang sepi )


alangkah bagus kalau kita guna kelebihan "CANTIK" yang diberi ke jalan yang diredhai Allah, kannnnnn?


Yang buat aku tak puas hati, kenapa bila cantik je baru kau nak layan orang tu baik-baik? kenapa bila cantik je baru kau nak kawan dengan dia? kenapa bila cantik je baru kau boleh susah payah nak tolong? kenapa bila cantik je kau perlu sokong? kenapa laaa manusia memandang cantik luaran je...rugi sangat ke jadi orang yang cantik dalaman ni? sungguh! aku tak paham. jenis manusia apa korang ni???


Cuba sekali korang letak diri kat tempat orang yang tak cantik luaran tu. kau boleh rasa apa yang diorang rasa? cukuplah aku rasa diorang ni serabai otak berperang dengan perasaan sendiri, jangan kita manusia yang hipokrit ni menambahkan lagi rasa kusut di hati. si hodoh sudah cukup sakit untuk menerima kenyataan, hakikat dirinya sendiri, masa tu ada korang kisah? tak...kalau korang kisah, korang tak buat macam ni.




Cantik tu memang satu aset. beruntunglah empunya badan yang dapat kurniaan Allah tu. tapi jangan la nak salah guna untuk kepentingan duniawi pulak. bukan setakat orang sekeliling, kucing burung bahkan lalat yang tengok pun naik menyampah! eh yeke??? dan lagipun sampai bila laa korang yang cantik-cantik belaka ni menyalahgunakan kecantikan korang tu? ingat ni, semua tu hanya sementara, so tepuk dada tanya iman. Cantik bukan boleh bawak mati pun, kannnnn? sudahnya dalam kubur kena makan ulat jugak. sekian terima kasih.







p/s : aku menyampah dengan lecturer yang pilih kasih. kalau nak pilih kasih sangat, pergi laaa join rancangan Rosyam Nor tu, tak berjiwa pendidik langsung!

February 15, 2012

Wordless Wednesday - Fluffy

Assalamualaikum wbt.




guys, i got nothing much to said.
i just loved this fluffy thinggy. 
this is so cute.
screamed, yelled like a mad person, that's me.


truly damn cute ahhhhh!

February 14, 2012

Mampukah kita jadi seperti mereka?

Assalamualaikum :)

Dah makan? bagus, tapi aku belum lunch lagi. xde pape kat dalam fridge untuk dimasak mahupun saki baki lauk-pauk semalam yang at least boleh dipanaskan untuk mengalas perut aku yang sedang bermain irama lagu Hindustan. hampa sekali lagi, hmm.

Harini dah 14 Feb. memandangkan ribut bosan sudah melanda tuan punya badan, aku pun on9. terus type google site untuk cari cerita menarik harini. at the end, aku terjumpa sebuah klip video yang sangat comel. terang2 klip video ni dibuat untuk menyambut Hari Valentine, tapi entri kali ni bukan bertujuan nak menyokong sambutan ni tapi lebih kepada nak menyampaikan mesej tersirat dalam klip video yang aku jumpa tu. ( aku masih teguh dengan pendirian Say NO to Valentine's Day )

Silakan menonton dan cuba fahami mesej yang nak disampaikan.




Okay, siapa dapat tangkap mesej dia angkat tangan! xdapat tangkap? eittt! takpe2, aku berbesar hati untuk explainkan kat korang, winkwink! ( mata berkaca-kaca macam puss in boots buat muka kesian minta simpati last2 dapat cili, upss! )

Kalau korang perasan, demi nak tarik perhatian dari si budak perempuan, si budak lelaki ni belikan macam2 benda baik dari coklat, teddy bear, gadgets dan bermacam-macam lagi laaaa...kan? betul x? tapi yang si budak perempuan ni sikit pun x endah, walau semahal secantik sebesar mana pun hadiah yang budak lelaki tu bagi, dan dia teruskan main tali skipping dengan senang hati. sampai la ke satu tahap yang budak lelaki ni dah rasa yang dia macam ada  tipis sangat harapan ataupun boleh kata memang dah takde harapan langsung untuk tarik perhatian budak perempuan ni, dia pun keluarkan tali skipping nak join sekaki dengan perasaan frust menonggeng. tuptup! dan dan  masa tu jugak laaaa budak perempuan tu bagi respons kat dia. motif? motifnya, si budak perempuan ni x lah memandang harta benda yang budak lelaki ni boleh bagi kat dia. tapi dia lagi  prefer untuk memilih seorang budak lelaki yang boleh memahami dan berkongsi minat yang sama dengan dia. dan dia yakin boleh capai kebahagiaan walaupun dari sesimple2 perkara macam suka main tali skipping tu.

Aku tau ramai manusia dalam dunia ni yang materialistik, dalam hubungan cinta pun nak berkira-kira dengan pasangan sendiri. nak nak lagi sekarang kan dah akhir zaman. walau camne pun, kita x leh laa nak terus hilang kepercayaan bahawa orang yang ikhlas tu masih ada walaupun bilangannya lebih sikit dari yang materialistik kan? dan aku yakin aku betul bila aku cakap yang korang lagi bahagia bila ada persamaan yang sekata antara pasangan  korang. tapi jangan salah faham, aku x lah kata salah kalau korang ada banyak perbezaan sekalipun sebab at the end, semuanya terletak pada hati, sebab semua orang ada takdir tersendiri. pape un ikutlah cara yang diredhai oleh agama dan pencipta kita, Allah swt. sekian.


submitted by bitch-im-blasian

February 12, 2012

Edisi siasat : Hari Valentine...Apakah rahsianya?

Assalamualaikum wbt.

Sejujurnya aku x layak nak berceramah bagai sebab aku pun x pernah diiktiraf sebagai ustazah bertauliah dari universiti-universiti macam UIA, USIM apetah lagi yang berprestij macam Universiti Alexandria, Kaherah mahupun Tanta kat Timur Tengah tu. Tapi x bermakna aku x boleh saling ingat mengingatkan saudara2 aku sendiri. Siapa mereka? Ya, mereka adalah saudara seagamaku, penganut agama Islam di seluruh dunia. Tapi sekarang aku nak fokus lebih2 sikit kat orang Melayu yang beragama Islam dalam Malaysia ni dulu, harap maklum sekian terima kasih :)

Okay aku tau maybe ramai yang macam dah boleh nak predict apa yang aku nak tulis untuk entri kali ni. Basi x basi. Lapuk x lapuk. Aku nak jugak cakap pasal ni! Harini dah 12 Feb, maksudnya tinggal lagi dua hari sebelum 14 Feb datang. Macam biasa lah, alaaa macam yang semua orang dah sedia maklum dan terlebih maklum ( couple2 hot mahupun lemau kat luar sana ) macam x tau pulak, 14 Feb ni kan Hari Valentine. Atau pun hari yang lebih famous lagi dikenali sebagai Valentine's Day dalam bahasa omputihnye. 

Sekarang baik aku straight to the main point, apa kisah di sebalik Hari Valentine? Dipersilakan baca =)

KISAH PERTAMA

Dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 - 18 Feb. Dua hari pertama dikhususkan untuk menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno iaitu Juno Februata. Dan pada 14 Feb juga, para pemuda Rom akan memilih nama para gadis pilihan hati mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian, para pemuda ini diberi peluang untuk membuat cabutan secara rawak dan nama gadis yang tertera pada kertas yang dicabut undi akan menjadi pasangan ( atau lebih spesifik lagi dianggap sebagai objek hiburan seks ) mereka selama setahun. Keesokan harinya, mereka akan meminta perlindungan dari dewa Lupercalia dari serangan serigala dengan menyembelih seekor kambing dan anjing. Kemudian dua pemuda Rom yang paling gagah akan dipilih untuk  disapukan dengan darah haiwan yang telah disembelih tadi sebelum dicucikan dengan susu. Seterusnya mereka berdua akan mengetuai perarakan secara besar-besaran dan memukul sesiapa sahaja yang berada di laluan mereka dengan menggunakan kulit binatang. Kebiasaannya, para wanita akan berebut-rebut untuk mendapatkan pukulan tersebut kerana beranggapan ia dapat menambahkan kesuburan mereka.

KISAH KEDUA

Dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. Paderi St. Valentine merupakan orang penting yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaaan Islam ni pada masa tu. Atas kejayaan ni, beliau dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Feb merupakan hari kejatuhan Islam Andalusia di mana para penganut Kristian meraikan hari ni sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam agama yang zalim.

KISAH KETIGA

Dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom bernama Claudius II. Disahkan oleh rekod2 lama dan terdapat dua versi berbeza.

(1) versi pertama
Pada masa pemerintahan Cladius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara dan diseksa. Paderi St. Valentine sebagai seorang penganut agama Kristian yang tegar dan aktif menyebarkan ajaran agama tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II. Walaupun dipenjarakan, St. Valentine tetap mengajar dan menyebarkan ajaran agama Kristian dalam kalangan para banduan di samping membantu mereka meloloskan diri dari penjara. Akhirnya, kegiatan ini telah diketahui oleh Claudius II dan dia telah mengeluarkan arahan supaya St. Valentine diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Feb. Pengorbanan St. Valentine dianggap oleh para penganut Kristian sebagai pengorbanan yang dilakukan beliau kerana cinta terhadap agamanya. Malah mereka menyamakan beliau dengan Jesus yang mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga semasa beliau masih di hayatnya semasa di penjara, beliau telajh jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum mati dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan "From Your Valentine". Maka orang Kristian mengambil 14 Feb sebagai satu tarikh demi memperingati hari kematian paderi kesayangan mereka dan meraikan hari kasih sayang.

(2) versi kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang belum berkahwin adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang sudah berkahwin. Oleh itu, Claudius II telah menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun, St. Valentine menentang keras tindakan tersebut malah beliau telah mengadakan acara pernikahan untuk para pemuda yang ingin berkahwin secara sulit. Namun, tindakan ini mengundang padah apabila akhirnya diketahui oleh Claudius II yang mengarahkan supaya St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Feb 269M. 


Aku tau mesti ada pihak sumbang sumbing yang akan cop aku berfikiran kuno, kolot, kampung lepas dah habis baca entri ni. And kalau diorang boleh face to face dengan aku sekarang mesti diorang cakap GO TO HELL YOU BITCH! or WATCH WHAT U'RE SAYING MORON! kena setepek straight kat muka aku. Tapi kan...ada aku kisah? Ramai je bestfriends aku yang couple, but the main point here that i wanna say bukan x leh couple, tapi please don't celebrate Valentine's Day! Ada paham? X paham lantak kau lah bebal sangat.

Bagi yang x menyambut, tahniah aku ucapkan. Tapi bagi yang terasa/teringin/tergerak hati nak menyambut tu, ehem2 tepuk dada tanya selera. Still nak lagi ke sambut lepas tau kisah di sebalik apa yang terjadi masa 14 Feb tu? Terang2 agama kita kena pijak, tenyeh , lunyai dengan agama lain...kan? Okay x nak cakap panjang, ada akal pakai, kalau x nak guna bedah itu otak kasi derma pun dapat pahala, at least boleh buat bekalan ke syurga, maklum lah dosa pun bertan2 beratnya, x tertanggung badan tu terima azab kat neraka. Adiosss!








p/s : Tiada boyfriend bukan bermaksud anda seorang yang LOSER, sekian pandangan ikhlas dari hati.

February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H/1434H


Tiada kata terluah dari bibir, hanya ucapan terbit dari hati, sekadar ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di dunia. Sesungguhnya beruntunglah kita kerana menjadi umat kepada nabi yang paling disayangi oleh Allah, iaitu Nabi Muhammad saw. Perbanyakkanlah selawat anda pada hari ini dan hari-hari seterusnya, semoga dikurniakan syafaat baginda di akhirat kelak. Assalamualaikum wbt =)

February 3, 2012

What if the beauty become the beast?

Masa kecik-kecik dulu, aku suka tengok cerita kartun. Adat la kan, nama pun budak-budak, budak mana yang tak tengok kartun, hahaha! Except budak-budak sekarang, ye aku tau la diorang kurang sikit nak layan kartun, mana tak nye, sibuk layan Blackberry iPad blaa blaa blaa. (mewah gila hidup, jeles!)

Pastu aku ingat lagi, kalau setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga je kena gi aktiviti koko kat sekolah, tapi sebab nak tengok kartun punya pasal aku sanggup ponteng! Tapi takde la selalu sangat. Ponteng punya ponteng, markah koko pun sikit la kan...tapi aku tak kisah langsung, masa tu yang penting dalam mindset aku dapat layan cite-cite kartun tu semua.

Disney's Princess memang jadi kartun feveret aku dari dulu sampai la sekarang. Aku pun tak percaya kenapa aku  minat diorang sebabnya aku ni boleh dikira macam tomboi la jugak masa kecik. Aku ni mana la tak kena cop tomboi, dah kena sound dengan Nenek (isteri arwah) pun, aku boleh selamba badak lagi depan mata dia gi buat upside down kat atas pokok rambutan arwah Pak Haji Dollah dengan budak-budak laki yang lain. Aku sorang je pulak tu budak perempuan yang buat camtu, buang tebiat kan? Hahaha, cite lama...

Haritu aku gi blogwalking sebab dah tak tau nak buat apa dan dah terlampau banyak sangat masa nak dibazirkan untuk cuti, pastu tup tup terjumpa satu blog milik seorang pelukis berbakat ni. Haaaa aku tak ingat la nama dia, tapi semua lukisan yang dia buat memang berseni habis. Aku kagum jap. Scroll punya scroll art's collection dia, tetiba aku jumpa lukisan yang di buat special untuk Disney's Princess sahaja. Aku usha semua Princess yang dia dah lukis. Cantik sangat! Nak tengok tak lukisan-lukisan dia tu? Korang scroll la ke bawah, heheee~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bagi orang yang menghargai seni, aku percaya diorang takkan kutuk lukisan-lukisan hebat ni semua. Hehee~ Tapi sorry la kawan-kawan, aku twist sikit gaya penceritaan kat atas. Semua lukisan ni tak seindah cerita Disney's Princess yang selalu korang tengok kat tv tu, tapi lukisan-lukisan ni semua lebih menggambarkan the other side of those princesses. Kalau dalam lukisan pun boleh tunjuk bad side seseorang, so memang tak mustahil lah kalau dalam dunia nyata ni pun macam tu jugak. Tinggal kita sedar dengan tak je....kan? kan? kan? Tepuk tangan untuk diri sendiri sebab setuju!





p/s : So far aku tak pernah lagi la mengingau sampai berjalan. Kadang-kadang aku terfikir, camne la rasa dia tidur berjalan ni eh? Kesimpulannya, baca doa dan basuh kaki sebelum tidur, kalau tak nak kena kacau dengan Setannnn. Peace! =D

My biggest wish this year has been granted!

Assalamualaikum :)


Akhirnya hajat aku untuk memiliki iPod Touch 4G tercapai! aku baru beli tadi kat kedai Machines, KLCC. angah yang temankan, thankyouuuuu angah!


Sebenarnya lama gila dah laaa aku simpan azam nak beli ni habaq kat hang, sebelum masuk belajar degree kot. hah? kira cepat! berapa lama tu? enam bulan...hangpa memang pandai meneka. tepuk amai-amai sikit. walaupun aku beli pakai duit sendiri, tak macam orang lain yang boleh dapat free2 hadiah mak bapak depa bagi tapi aku rasa sangat puas! ( sedikit jealous disitu, pheww~ )




Aku pun taktau kenapa aku interested sangat dengan iPod Touch 4G ni. maybe sebab dia punya camera apps, games kot yang menarik perhatian aku. yelaa, aku kan queen control....eh, tersalah taip??? queen snap gambar gila tak ingat dunia, hahahaha. lagipun kalau snap guna iPod touch, gambar dia sharp, i loikee!


Yeahaa! yabedaaabeduuu! terkinja-kinja kalah peninju! Eeh??? apa aku merapu ni...sighss~ ( malu sebentar )


Anyway, aku nak share a few pictures yang aku berjaya snap dengan berseninye ( aah, berseni la sangat, perasan habis minah ni, puihhh! ) masa baru-baru beli haritu. let's have a look!









ahaks! ahaks! kenapa aku letak gambar makanan? jawapan simple. sebab aku suka makan! nyumnyum! Kbye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...