mereka kata nak buat demonstrasi secara aman. mereka kata ingin menegakkan kebenaran. tapi lain pula yang jadi. aku tidak menyokong mahupun membantah. semua orang mempunyai hak untuk bersuara. tapi berbaloikah lontaran suara itu kerana samada mereka sedar atau tidak, telah menyusahkan ramai pihak? jangan kata polis kejam kerana melanggar pengikut demonstrasi Bersih 3.0 dan jangan kata pengikut demonstrasi Bersih 3.0 bebal semata-mata kerana mengikuti demonstrasi ini. pasti kedua-dua pihak ada kisah dan sebab tersendiri. itu suatu yang pasti.
aku rasa sedih bila lihat rakyat dipergunakan. negara lain ketawa gembira melihat kebodohan masyarakat kita. antara sedar atau tidak, kita telah menjadikan diri kita sebagai satu bahan gurauan kepada mereka. mana Ambiga dan sekutunya di saat pengikut mereka cedera? hilang entah kemana. negara kita semakin binasa. nak tunggu peristiwa 13 Mei berulang semula? nak tunggu dijajah bangsa asing baru nak sedar di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung? mungkin semuanya sudah terlambat pada masa itu. dimanakah Malaysia yang suatu masa dahulu pernah aman dan bersatu rakyatnya yang berbilang bangsa...pilunya hati melihat negara tercinta jadi begini. siapakah yang perlu disalahkan? tepuk dada tanya selera.
p/s : Ya Allah, lindungilah saudara-saudaraku daripada sebarang bencana dan kehinaan di dunia dan akhirat, amin.