" Jalan ke arah solehah itu tidak mudah. Namun bila dah mencapainya, ganjarannya sangat indah."
Memang kita tidak sempurna, tapi kita boleh berubah untuk menjadi sempurna dan walaupun perubahan itu masih tidak sesempurna kendiri para isteri nabi, seperti Siti Khadijah ataupun Aishah, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk menjadi yang terbaik seperti mereka. Dan kerana perubahan yang sedikit demi sedikit itu jugalah telah menjadikan diri kita lebih baik hari ini daripada hari semalam dan mungkin lebih baik lagi pada hari mendatang. Moga semua Muslimah dapat menjadi Qurratu A'yun (penyejuk mata) di mata ibu bapa, suami dan Allah SWT. Amin.
p/s : hidup ini singkat, gunakanlah dengan sebaik yang mungkin.
No comments:
Post a Comment