nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


June 24, 2012

Final sprint





Ohh....uhm...erh...uhm...ohh...
Ha! Harini dah 24hb, which means tinggal lagi 3, 4 hari lagi before final exams yang start 28hb ni. Ahhh, aku sangat cuak, takut, kecut perut, rasa nak ter yang macam-macam ter lah. Macam mana ni? Rasa macam tak sempat je nak cover semua subjek, marketing, human resource, titas, operation management, finance lagi. Hmm...


"Eh don't give up Ann! Kau boleh buat final exams kali ni." Sedap je hati ni cakap. Yang pening kepala aku jugak. Yang risau aku jugak. Yang migrain aku jugak. Yang macam-macam lagi semua aku jugak yang tanggung!

"Takpelah Ann, kalau betul pun kau tak sempat nak cover semua chapter tapi kau dah usaha sebanyak-banyak yang kau boleh bagi, Allah mesti tolong. "

"If let say kau sempat habis cover semua subjek, tapi kalau Allah nak bagi dugaan, tak semestinya kau boleh score dalam final exams nanti."

"So kesimpulannya, kau kena yakin dengan kuasa Allah, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku di dunia ni." bentak lagi hati aku yang kononnya terel bermadah semata-mata nak redakan perasan berkecamuk dalam diri ni.


Hakikatnya aku rasa macam orang bodoh sekarang ni. Tapi aku percaya yang aku kena yakin dengan diri sendiri. Sebab aku kena ingat, bila aku dah usaha, lepas tu tawakal pada Allah swt, mesti Dia tolong punya. Tak banyak pun takpe, sikit pun jadilah. Dia kan Maha Mendengar, sentiasa ada untuk hambanya yang setia dan merendah diri. Kesimpulannya, usaha dulu pastu results belakang cerita!




June 23, 2012

Advice From a Tree








So, this is how it feels to be a tree...
Always stand tall and be proud of itself...
Go out on a limb...
Always remeber your roots...
Drink plenty of water...
Be content with your natural beauty...
Just enjoy the view...


Well i guess...I wanna be like a tree. What i meant was having a spirit like the trees. Peace!!!

June 21, 2012

Students' Life - The End of Semester 2

"  Baiklah kelas, saya dah habis tanda semua kertas ujian kamu. Jadi saya akan bagi semula kertas tersebut untuk menghilangkan rasa excited dan keterujaan sesetengah daripada kamu yang sibuk bertanya saya tentang carry marks. "

"  Yeayyy, Miss nak bagi kertas test 2. Excitednyaaaa!  " Sorak segelintir classmates aku.

"  Weh, cepat gila Miss tanda kertas kita. Rasa cam baru je amek test semalam. Tau-tau dah habis tanda. Miss ni boleh tahan advanced. Hahaha.  " Soksek-soksek classmates yang lain.

Dan dan berderau darah aku bila Miss Linda cakap dia dah habis tanda semua paper test 2. Mana taknya, baru je ambil test tu hari Selasa lepas. Tapi memang tak mustahil sebab Miss Linda memang cepat habis tanda kertas. Paper Finance je pulak kan, memang laju je lah Miss tanda walaupun mata serabut tengok tulisan kitorang students dia yang cantik mengalahkan tulisan cakar ayam kat dalam reban belakang rumah Tok tu.

" Sebelum tu, saya nak bagitau kamu yang ada pelajar failed dan ada juga yang dapat full marks. Kelas 2A yang fail ada 6 orang, full marks 3 orang. Kelas 2B pulak ada sorang sahaja yang fail dan sorang lagi full marks. The rest got average marks. Tapi bagi yang fail, kamu jangan risau, takde ape-apelah. Nanti masa final exam, buat betul-betul. Boleh score lagi."

Sempat lagi Miss bagi nasihat taknak bagi kitorang down. Habis je cakap camtu, Miss Linda pun panggil nama sorang-sorang. Memasing muka dah macam ayam berak kapur, takpun macam cacing kena tumis buat panggang kat atas BBQ grill! Yang aku ni lagilah tak payah cakap, boleh pulak menggigil mengalahkan orang yang ada Parkinson. Tunggu punya tunggu, Miss pun habis announce nama budak-budak kelas 2B. Lepas tu, turn kelas aku plak.

"  Yang saya panggil awal2 ni dapat A dan highest marks, tahniah.  "

 "  Dup...Dap...Dup...Dap...  "  

"  Nor Farhana Mohd Latiff...Elwana Adnan...blaa blaa blaa.....  "

Ya Allah, terkejut sangat! Padanlah rasa tak sedap badan. Tak sangka aku boleh dapat full marks dalam test kali ni sebab kalau nak ikutkan ramai sangat classmates aku yang memang terer Finance. Lagipun most of them lepasan matriks akaun, haa paham-paham jelah, memang basic dah penuh di dada. Bukan macam akuyang selalu dalam kelas terkial-kial nak paham terms dalam subjek ni. Tapi aku bersyukur sangat dan aku harap yang aku takkan leka, takpun lepas ni belajar sambil lewa je sebelum final exam yang akan start next week. Bagi aku score dalam test penting, tapi score dalam final lagilah penting. So aku harap bila dah sampai masanya untuk aku seat for Finance paper, takdelah pape benda yang boleh menyukarkan aku untuk amek paper tu. Dan macam biasa, aku harap boleh perform lebih baik daripada skang dan dapat DL lagi untuk semester ni. Kawan-kawan, doakan aku ye? Terima kasih!


Our last Finance class with Miss Linda ;)

June 10, 2012

Summer Loving Garden Dinner Night

Dah lama rasanya tak menulis dekat blog. Bukan takde cerita. Ada. Tapi bila perasaan malas dah menguasai, ditambah lagi dengan assignment bergunung tinggi, memang aku say hye hye, bye bye jela dengan blog ni. Sempat jenguk2 ayam je, nak updatenya tidak. Aku rasa la kan, kalau blog ni boleh bersuara, mesti dia merajuk dengan aku sebab dah lama kena tinggal sengsorang diri. Pity my baby bloggie, srotsss. (okay over sgt seh hingus bagai, bukan menangis pun! lols!) Anyway, i'm back with more stories to be shared now! So yang mana satu aku nak cerita dulu? Class trip, dinner night or about Umbai? Emm...emm...aku rasa nak cerita pasal dinner night dulu lah. Haaa malam glam2 gitu kan. Seronok sikit nak tulis, excited lah katakan?


Selasa, bersamaan 5 Jun, kami pelajar2 IB ada aktiviti Malam Bersama Alumni, which is a dinner night di Renaissance Hotel, Melaka. Sebenarnya, malam tu aku ada kelas Finance tapi disebabkan budak2 IB (stands for International Business programme) ni ada dinner night so semua kelas malam untuk kitorang dibatalkan. Yip yip hooray! Memang syok lah bersorak sebabnya kelas cancel. Tambah lagi memasing tengah eksaited nak melaram malam tu. Kalau kelas tak cancel, alamatnya memang tak sempatlaaaa Dato' dan Datin sekalian nak bersiap!   Memandangkan aku hanya ada kelas pagi, maka lagi bertambah rancaklah persiapan aku dan kawan2 semata-mata untuk pergi dinner night kitorang yang bertemakan "Summer Loving Garden", walaupun hakikatnya kerja kitorang hanyalah datang, duduk di kerusi, makan sampai kembong perut macam ikan buntal dan menunggu nombor cabutan bertuah dipanggil (tapi memasing tak bertuah pun malam tu, dangggg!). Except for Ili yang tak menang tangan handle persembahan kat belakang stage sebab dia exco untuk kelab IB. And Bai yang busy jadi violinist. Maklumlah artis terkenal, famous habis Bai malam tu. Bersepah senior nak tangkap gambar dengan dia. Lols!


my dinner night's stuffs. we got roses that night.
ohhhhhh,  what a classy theme. enjoying  the smells definitely!


some of the clasmates.
from left : Tom, Amy, me, Sarah, Shikin, Qila, Kak Farah and Diba


at our table.
 from left : Shikin, Tom, Ili (the one who is standing), me and Qila


with the Queens of the night, Ili and Miss Oyin. congratss to both of you. so pretty!


Tapi kesimpulannya...all of us had fun that night! Makan pun kenyang, tangkap gambar pun lebih dari banyak sampaikan rasa dah tak larat nak senyum macam iklan Colgate kat tv dan duit yang dilabur pun berbaloi sebab makanan sedap-sedap. Paling best bila senior part 5 buat persembahan on stage menyanyi lagu Ella "Standing in the Eyes of the World" ramai-ramai. Kitorang junior2 yang comel ni pun turut join sekaki menyanyi dan menyumbangkan suara yang sememangnya merdu bak buluh perindu, puihh~ Hope for another bright year for International Business students, and i can't wait for the next dinner to come soon!


The whole classmates. Proud to be one of the IB students!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...