" Baiklah kelas, saya dah habis tanda semua kertas ujian kamu. Jadi saya akan bagi semula kertas tersebut untuk menghilangkan rasa excited dan keterujaan sesetengah daripada kamu yang sibuk bertanya saya tentang carry marks. "
" Yeayyy, Miss nak bagi kertas test 2. Excitednyaaaa! " Sorak segelintir classmates aku.
" Weh, cepat gila Miss tanda kertas kita. Rasa cam baru je amek test semalam. Tau-tau dah habis tanda. Miss ni boleh tahan advanced. Hahaha. " Soksek-soksek classmates yang lain.
Dan dan berderau darah aku bila Miss Linda cakap dia dah habis tanda semua paper test 2. Mana taknya, baru je ambil test tu hari Selasa lepas. Tapi memang tak mustahil sebab Miss Linda memang cepat habis tanda kertas. Paper Finance je pulak kan, memang laju je lah Miss tanda walaupun mata serabut tengok tulisan kitorang students dia yang cantik mengalahkan tulisan cakar ayam kat dalam reban belakang rumah Tok tu.
" Sebelum tu, saya nak bagitau kamu yang ada pelajar failed dan ada juga yang dapat full marks. Kelas 2A yang fail ada 6 orang, full marks 3 orang. Kelas 2B pulak ada sorang sahaja yang fail dan sorang lagi full marks. The rest got average marks. Tapi bagi yang fail, kamu jangan risau, takde ape-apelah. Nanti masa final exam, buat betul-betul. Boleh score lagi."
Sempat lagi Miss bagi nasihat taknak bagi kitorang down. Habis je cakap camtu, Miss Linda pun panggil nama sorang-sorang. Memasing muka dah macam ayam berak kapur, takpun macam cacing kena tumis buat panggang kat atas BBQ grill! Yang aku ni lagilah tak payah cakap, boleh pulak menggigil mengalahkan orang yang ada Parkinson. Tunggu punya tunggu, Miss pun habis announce nama budak-budak kelas 2B. Lepas tu, turn kelas aku plak.
" Yang saya panggil awal2 ni dapat A dan highest marks, tahniah. "
" Dup...Dap...Dup...Dap... "
" Nor Farhana Mohd Latiff...Elwana Adnan...blaa blaa blaa..... "
Ya Allah, terkejut sangat! Padanlah rasa tak sedap badan. Tak sangka aku boleh dapat full marks dalam test kali ni sebab kalau nak ikutkan ramai sangat classmates aku yang memang terer Finance. Lagipun most of them lepasan matriks akaun, haa paham-paham jelah, memang basic dah penuh di dada. Bukan macam akuyang selalu dalam kelas terkial-kial nak paham terms dalam subjek ni. Tapi aku bersyukur sangat dan aku harap yang aku takkan leka, takpun lepas ni belajar sambil lewa je sebelum final exam yang akan start next week. Bagi aku score dalam test penting, tapi score dalam final lagilah penting. So aku harap bila dah sampai masanya untuk aku seat for Finance paper, takdelah pape benda yang boleh menyukarkan aku untuk amek paper tu. Dan macam biasa, aku harap boleh perform lebih baik daripada skang dan dapat DL lagi untuk semester ni. Kawan-kawan, doakan aku ye? Terima kasih!
Our last Finance class with Miss Linda ;) |
No comments:
Post a Comment