Rasa macam baru semalam kau pergi. Dalam masa satu hari lagi, kau akan kembali. Kemunculan kau suatu saat yang paling dinanti-nantikan setiap tahun. Aku rasa macam nak percaya tapi macam tak percaya pun ada. Masa ni cepat betul berlalu. Padanlah orang dulu-dulu siap cipta perumpaaan 'masa itu emas'. Aku tak sangka yang aku masih berpeluang untuk jumpa kau balik tahun ni. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan umur aku. Dia beri aku peluang sekali lagi untuk perbaiki setiap kelemahan diri dan cipta kekuatan diri aku. Terima kasih Ya Allahu Ya Rabbi. Aku janji aku takkan sia-siakan peluang ni. Dan aku akan pastikan ia diguna sebaik yang mungkin. Terima kasih sekali lagi. Dan Ramadhan al-Mubarak, selamat datang aku ucapkan.
Ramadhan kali ni, ramai kawan-kawan aku buat azam nak puasa penuh, tak nak tinggal tarawikh, tak nak merokok blaa...blaa...blaa. Tapi aku punya azam lain sikit. Aku tak nak tamak azam. Hajat aku satu je. Kalau boleh, aku nak khatamkan satu al-Quran. Tak kisahla macam mana cara sekalipun, aku nak jugak cuba habiskan baca dalam 30 hari ini. Insyaallah, aku yakin Allah swt akan tolong niat murni aku.
Sempena dengan kedatangan Ramadhan kali ni, aku nak minta maaf dengan semua orang samada aku kenal dia ataupun dia kenal aku ataupun mana-mana jelah. Tak penting. Yang penting aku nak cakap yang aku nak minta maaf dengan semua orang. Manalah tau dah menyinggung perasaan...tak sedar kan? Aku ni manusia biasa satu. Pastu part rasa-terasa ni memang tak lari punya la dari kamus hidup seharian. Maafkan aku ye? Aku tau aku tak layak nak cakap pasal dosa pahala ni. Tapi aku pun tau jugak, kalau aku tak minta maaf dari sekarang, azab tunggu aku kat pintu neraka nanti. Aku tak sanggup nak hadapi semua tu. Jadi aku berterima kasih sangat dengan kesudian korang-korang yang nak maafkan aku. Terima kasih banyak-banyak :')
Akhir sekali aku nak ucap selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di muka bumi ni. Ironik gila kan? Macam tah pape pun ada. Bagi ucapan klise je aku ni. Tapi lantak pi lah, kisah pulak aku klise ke tak. Kalau nak terima ucapan aku, silakan, kalau tak mau pun takpa, aku takkan paksa. So peace everyone! Let us together welcoming and cheerish the upcoming Ramadhan, the most blessful month in Islam. Syukran ya Allah, syukran. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment