nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


August 7, 2012

Masih Ada Harapan





dalam hidup ini, kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan. bila kita buat sesuatu, keputusannya hanya ada dua. samada gagal ataupun berjaya. tapi bila gagal tak semestinya kita tak berusaha, tak semestinya kita manusia bodoh penuh cacat cela. dan bila berjaya, tak bermakna kita yang paling hebat di dunia, tak semestinya kita akan terus berada di atas selamanya. hidup ni macam roda. kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. hidup kita akan terus berputar sampailah kita mati. dan itulah yang terjadi dalam hidup aku sejak beberapa hari yang lepas. semua gara-gara result yang tak seberapa. sampaikan aku rasa diri aku bukanlah aku. kenapa entah? aku pun tak tahu. tapi aku masih bersyukur kerana apa yang aku hajatkan dah pun tercapai, walaupun jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, result aku tu tak semenggah mana. sepanjang aku hidup di dunia ni, ada satu ketika, aku rasa hebat dan berjaya, tapi akhirnya kecundang. satu masa yang lain bila aku rasa aku bakal gagal, lain pulak jadinya. kadang-kadang aku mengelamun memikirkan tentang betapa tidak fahamnya aku dengan permainan takdir yang ditentukan oleh Allah swt. tapi siapalah aku...tak mungkin dan tidak akan layak untuk mempertikaikan kehebatan dan kekuasaan-Nya. inilah yang dinamakan takdir. sebaiknya aku berhenti menghitung rezeki dan kelebihan yang orang lain dapat. mulai sekarang, aku harus banyakkan usaha serta perbaiki setiap inci kelemahan diri yang ada. selebihnya, serahkan doa dan tawakal kepada Allah swt. sampai masanya, rezeki aku akan tiba juga. cepat atau lambat, hanya itu perbezaannya. akan aku jadikan setiap kegagalan dalam hidup sebagai satu pengajaran yang berharga sepanjang kehidupan ini. dan aku tak mungkin akan mengalah, tidak sekali-sekali!





August 1, 2012

Tersentak





petang tadi mak ajak aku teman dia pergi bank untuk masukkan duit syiling Aan dan Suhailah yang berkepok-kepok kat dalam tabung. selalunya aku okay je bab nak teman mak gi memana ni, sebab aku risau la kan nak biar mak gi jalan sengsorang. orang jahat kat luar sekarang bukan sikit okay? banyak! tapi aku taktau lah kenapa, masa mak ajak petang tadi, terbit satu feeling yang semacam. emm, macam mana aku nak describe entah? aku rasa cam ada benda yang tak kena. tapi aku malas la nak amek kisah sangat. sebabnya, aku ni kuat berangan pun ye jugak. so aku pun take forgranted jelah hal ni. lepas dah settle hal dekat bank, masa untuk pergi bazaar! yeahh! excited sekejap. mesti lah, dapat jamu mata dengan semua jenis makanan yang nyumnyum, tambah pulak tengah lapar puasa ni kan? orang kata tak dapat makan, dapat tengok pun jadilah. hewhew! gedik amat aku ni haa. dah macam budak tadika tak tahan lapar. padahal bebudak tu boleh je puasa, kuat iman pulak tu, tak macam aku langsung. kehkeh! okay nak dipendekkan cerita, lepas dah jumpa parking, aku dengan mak pun lintas laa jalan. 

PANGGGG!

aku rasa macam kena langgar lori balak! okay tu propa, tapi tau kenapa? sebab aku nampak ex aku dekat bazaar tu. yes, diulangi ex aku. sadis gila weh! dia dekat kedai first sekali sebaik je kaki aku langkah masuk dalam bazaar. pastu takkan aku nak lari pulak kan? memang nampak sangat la aku nak elak daripada dia. plus nanti mak aku mesti la pelik kenapa aku tetiba patah balik gi kereta pulak sebab sebelum gi bazaar, kemain aku excited nak beli itu nak beli ini. sebenarnya, aku memang tau je dia ada berniaga kat bazaar dekat pekan kitorang setiap kali bulan Ramadhan. sebelum ni pun aku pernah terserempak dengan dia, tapi aku sempat mengelak sebab kedai dia takdelah terang tang tang yang first sekali, selalunya tengah-tengah. tapi tadi...memang tak dapat la nak angkat kaki. dan dan bila tengok dia, memori time couple dulu flashback balik. mak aihh seksa! nasib baik bulan puasa, aku still boleh control perasaan, kalau tak meroyan tak tentu pasal. wuuuu, malunya. merah padam muka habaq hang!


dan masa nak balik aku ajak mak lalu jalan lagi satu. takmau dia perasan aku. nampak tak betapa pengecutnya aku tu? kalau ikut hati ni nak je tegur, at least tanya la khabar...sihat ke tak? dok buat apa la ni? sambung belajar ke kerja? tapi memang harapan la. sampai mampuih pun aku takkan tegur dulu punya! walaupun aku perasan dia, tapi aku tak rasa dia perasan aku. tapi tak kisah la. yang dah lepas tetap dah lepas. kita bukan boleh putar masa balik pun. lain lah kalau kita ada superpower macam superheroes ciptaan komik Marvel! okay, aku dah start merepek, jangan layan yee? hohoho! anyway, entry harini takde happy ending. mati sampai situ jelah. kbye. sayonara! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...