nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


July 31, 2012

Resah Gelisah



minggu lepas, aku terbaca tweetsie Adib yang cakap result budak degree UiTM keluar minggu depan. aku tanya dia bila exact date. Adib cakap 3hb Ogos. hati aku rasa lega la sekejap. sebab masa tu aku ingat 3hb Ogos tu lambat lagi. maybe dalam seminggu dua lagi camtu. tuptupp, semalam time baca newspaper, aku baru perasan dah 30hb Julai. dah tu, maknanya 3hb Ogos dah dekat la. maksudnya 3hb tu dalam minggu ni! Jumaat ni laa weh! haaa, nampak ke tak bebalnya aku bila dah cuti ni. semua benda pun taknak amek tau. tarikh hari pun boleh lupa! benda lain toksah habaq la. hodoh perangai. korang jangan la ikut. muda-muda pun boleh jadi nyanyok. loghat sungguh! 




petang tadi, aku gi bukak student portal untuk check takwim pelajar bebudak degree. sebab bestfriends aku yang pi belajar kat overseas semua dah balik malaysia. skang diorang cuti. pastu semua dok sibuk nak set date ajak aku iftar, hangout sesama. tapi aku dah cakap dengan diorang yang possibilities untuk aku keluar iftar tu macam takde since ayah tak pernah bagi aku keluar malam. nilah hakikat hidup aku, dah 20 tahun pun takleh balik malam lagi. by hook or by crook, sebelum pukul 7 mesti dah kena ada kat rumah. sadis amat! so the only reason aku pi bukak student portal adalah sebab aku nak tau bila cuti aku habis. dan bila aku kena masuk belajar balik. so that senang la aku nak arrange plan untuk hangout dgn diorang lepas raya. 




alang-alang dah bukak student portal, aku tergerak hati nak check betul ke apa yang Adib cakap haritu. betul ke results bebudak degree keluar 3hb ogos, jumaat ni. check punya check, memang betul pun. apa yang Adib cakap tu bukan rumours kosong. nak kata cuak, taklah sangat, tapi nak kata tak cuak langsung, memang tipu. siapa tak berdebar weh nak tunggu results keluar. walaupun dah buat sehabis baik, tapi bila kita tau kita punya usaha tu macam suam-suam kuku je, nak harap ape lagi. yang aku boleh buat sekarang ni tawakal je. kalau semester ni tak dapat dean's lists, aku nak kata apa. redha jelah yang mampu. tapi cuma satu je harapan aku, jangan ada failed. tolonglah,aku taknak repeat. nak-nak lagi semester depan credit hours dah 23 jam. kalau kena repeat paper, mau sesak nafas aku dibuatnya! ya Allah, tolonglah jangan ada repeat paper, amin.




dan wahai 3hb ogos, aku akan tunggu kau dengan sabar. dan bila sampai masanya nanti, aku harap penantian aku tu berbaloi. walaupun aku terseksa, tapi semuanya akan berakhir tak lama lagi dah. dan kau results, walau apa pun jawapan yang kau bagi kat aku jumaat ni, aku akan terima seadanya. so sekarang ni aku takmau risau-risau dah. habis naik kedut-kedut kat dahi. aku muda lagi kot nak nampak cam orang 30-an! so skang aku nak senyum, happy-happy je. taknak pikir banyak sangat. bila results dah keluar nanti baru aku decide balik nak terus senyum ke nak nangis-nangis cam orang hilang kucing Parsi mahal dia. kihkihkih! ok bye semua, till we meet again. sayonara! :)





July 28, 2012

Strong Heart



Strong heart! kuatkan hati, kuatkan semangat! yeahh! maaf ye, kali ni aku bukan nak express masalah hati, cinta, exam dan sebagainya seperti yang aku selalu bebel kat sini. bukan juga ada masalah jiwa yang memancitkan otak sehingga terbit rasa nak bunuh diri sebab asyik jumpa jalan mati. tapi entry kali ni pasal satu talk show Korea iaitu Strong Heart. alaaa, talk show yang broadcast dekat stesen SBS tu. siapa taktau sila google sekarang. takpun kalau ada Astro beyond kat rumah tu sila ringankan tangan dan tekan channel 393. tingg!


yang kiri ni Kang Hodong, yang kanan ni Lee Seunggi. aku tak kering gusi tengok Strong Heart sebab diorang. diorang the best!


petang tadi disebabkan dah takdak satu games pun yang dipertandingkan kat Olympic berjaya tarik perhatian aku untuk ditonton lalu jari aku dengan ringannya klik channel One HD. masa aku klik tengah commercial breaks. aku pun tekan la button info sebab nak tau cite ape yang tengah dok main masa tu. pastu keluar nama Strong Heart punya siaran ulangan. aku pun apa lagi, melekat terus laa kat depan tv. kemain semangat nak tengok talk show ni sebab dah banyak episod missed gara-gara final exams plus apartment sewa aku kat Melaka takdak tv apetah lagi Astro, jangan mimpi! bila cerita tu dah start, alih-alih aku tengok dah tukar MC! hah terkejut lagi! tau tak siapa MC baru Strong Heart? 


buat muka pun aku boleh cair tau x? melting! 


Lee Dongwook weh, diulangi ada Lee Dongwook! aku dah la minat gila kat mamat ni, ops! hihihi~ mula-mula cam taknak percaya je. aku ingat Astro ada technical problem sampai salah tulis info talk show lain bagi nama Strong Heart. siap tekan button info dua tiga kali lagi! padahal mana ada. memang betul pun cuma aku je yang dah lama tak update dengan talk show ni. sebenarnya, sebelum ni MC dia Lee Seunggi dengan Kang Hodong. tapi lepas Hodong kena pergi military service, tinggal la Seunggi host talk show ni sengsorang. and apparently, Seunggi pun dah quit dari talk show ni sebab dia nak fokus dalam bidang nyanyian. so at the end, Strong Heart got Lee Dongwook and Shin Dongyeop as it's new MCs.


buat peace je pun aku cair jugak! drooling eyes! (^^,)


lepas ni memang tak miss lah nak tengok Strong Heart dah! semuanya sebab ada Lee Dongwook!
saranghae oppa! <3

psst! erkkhhhh? ini bukan aku yang sebenar. hohoho =D






p/s : siapa suka tengok Strong Heart macam aku jugak? sila like! =)

July 20, 2012

Kehadiranmu Dinanti-nanti



Rasa macam baru semalam kau pergi. Dalam masa satu hari lagi,  kau akan kembali. Kemunculan kau suatu saat yang paling dinanti-nantikan setiap tahun. Aku rasa macam nak percaya tapi macam tak percaya pun ada. Masa ni cepat betul berlalu. Padanlah orang dulu-dulu siap cipta perumpaaan 'masa itu emas'. Aku tak sangka yang aku masih berpeluang untuk jumpa kau balik tahun ni. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan umur aku. Dia beri aku peluang sekali lagi untuk perbaiki setiap kelemahan diri dan cipta kekuatan diri aku. Terima kasih Ya Allahu Ya Rabbi. Aku janji aku takkan sia-siakan peluang ni. Dan aku akan pastikan ia diguna sebaik yang mungkin. Terima kasih sekali lagi. Dan Ramadhan al-Mubarak, selamat datang aku ucapkan. 




Ramadhan kali ni, ramai kawan-kawan aku buat azam nak puasa penuh, tak nak tinggal tarawikh, tak nak merokok blaa...blaa...blaa. Tapi aku punya azam lain sikit. Aku tak nak tamak azam. Hajat aku satu je. Kalau boleh, aku nak khatamkan satu al-Quran. Tak kisahla macam mana cara sekalipun, aku nak jugak cuba habiskan baca dalam 30 hari ini. Insyaallah, aku yakin Allah swt akan tolong niat murni aku.




Sempena dengan kedatangan Ramadhan kali ni, aku nak minta maaf dengan semua orang samada aku kenal dia ataupun dia kenal aku ataupun mana-mana jelah. Tak penting. Yang penting aku nak cakap yang aku nak minta maaf dengan semua orang. Manalah tau dah menyinggung perasaan...tak sedar kan? Aku ni manusia biasa satu. Pastu part rasa-terasa ni memang tak lari punya la dari kamus hidup seharian. Maafkan aku ye? Aku tau aku tak layak nak cakap pasal dosa pahala ni. Tapi aku pun tau jugak, kalau aku tak minta maaf dari sekarang, azab tunggu aku kat pintu neraka nanti. Aku tak sanggup nak hadapi semua tu. Jadi aku berterima kasih sangat dengan kesudian korang-korang yang nak maafkan aku. Terima kasih banyak-banyak :')


Akhir sekali aku nak ucap selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di muka bumi ni. Ironik gila kan? Macam tah pape pun ada. Bagi ucapan klise je aku ni. Tapi lantak pi lah, kisah pulak aku klise ke tak. Kalau nak terima ucapan aku, silakan, kalau tak mau pun takpa, aku takkan paksa. So peace everyone! Let us together welcoming and cheerish the upcoming Ramadhan, the most blessful month in Islam. Syukran ya Allah, syukran. Assalamualaikum.




July 14, 2012

Wrapped Up


" jayyeahhh! "

no more books and studying late up at night. hoorayyyy!


so basically, on 12th July after 12.00 pm, i am officially done with semester 2! wrapped up the whole semester, and i'm glad it was over. scream like err..err..like i'd never gonna have any breaks within the semester anymore. okay, i knew my comparison was...erm, it's a little bit over? nevermind. hihi~ opps! sorry kawan-kawan. saya lupa nak bagi salam dulu. so here it is. ehemm ehemm, batuk2 sikit.

 ASSALAMUALAIKUM! *shouts! hihi~ 


tapi sebenarnya hati aku cuaks dan gundah gulana la jugak. sebabnya last paper haritu jawab macam haremmm je. menitik air mata masa gi tandas dek tak larat nak perah otak pikir jawapan. bukan sebab aku tak baca. bukan gak sebab aku baca yang spot je. aku dah baca semua. tapi soalan final exams kali ni memang sadis betul, langsung tak sama pattern dengan past years punya. dan dan lah uitm ni tahun kitorang nak tukar pattern soalan. kalau ye pun bagitau lah dulu! takdelah kitorang sakit hati. ni tak, penat je belajar. yang lecturer tekankan kat depan tak masuk, ntah hape-hape yang dibaginya. kitorang students ni yang kena tanggung kesan dia tau tak? cibai betul! aku memang taktau nak buboh jawapan apa dalam tu. sudahnya, aku jawab apa yang aku boleh ingat. takde empty space but still jawapan tu entah betul ke tak. position tu buat aku terasa jadi cam Humpty Dumpty kat hujung tanduk kerbau la pulak. aku pasrah. tawakal habis result sem ni. taknak hoping tinggi sangat, nanti tak dapat apa yang aku hajatkan, menonggeng kalah orang putus cinta! pelik? ye tapi tu lah aku. lagi pentingkan result dari laki. sorry lah, aku memang takde perasaan nak feeling2 skang. bagilah title pape pun...kesah pulak aku kan? 


skang aku dah malas nak cakap final exams yang menyeksakan aku tu. orang tua-tua kata, tutup buku lama bukak buku baru. yang aku tau, aku nak enjoy puas-puas cuti ni. aku nak hangout dengan my sweet bff especially sabrina sebab dia lah yg paling payah sekali aku jumpa, setahun sekali okays! tulah Nabi Muhammad cakap soh pi belajar sampai China je, yang hang pi sampai Rusia tu pasai pa? kan aku dah rindu! sobss! :'(  and and aku ada azam baru created gak which is nak puasa penuh tahun ni! *lols if you know what i meant by saying that, hihi~ so kepada yang baru start cuti macam aku ni, selamat bercuti yeh! gunakanlah cuti ni sebaik yang mungkin. nak nak lagi masa bulan puasa tu kan. topup pahala banyak-banyak nak cover balik dosa korang dari awal tahun haritu. boleh kan? boleh kan? itu jelah kot. nanti ada cerita aku bebel lagi. wasalam~


like it much? aku ada mata ni,kau takde kannn. well, i'm gonna covered up most of the holidays with sleeping. maybe when i woke up, i'd be a Sleeping Beauty! *angan tak sudah si dreams chaser ni, ohoii.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...