nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


April 27, 2012

Matang

matang. bagi aku, matang tu merupakan satu perkara yang subjektif. kenapa tak? walaupun usia berbeza, gaya pemikiran mungkin sama. dan walaupun usia sebaya, gaya pemikiran tak semestinya sama. sesetengah orang bangga mengatakan diri sendiri sudah matang, tapi perlakuan tidak menunjukkan diri sebegitu rupa. manakala sesetengah orang lebih selesa mengaku dirinya tidak matang, mungkin merasakan lebih banyak lagi yang harus dipelajari. dan aku? aku lebih senang untuk mengakui yang aku masih belum matang walaupun pada hakikatnya aku bakal menginjak ke umur 20 tahun. kenapa? entah, aku sendiri pun tak tahu untuk menafsirkan kematangan diri aku berada pada tahap mana. 


yang aku tahu, aku akan sentiasa merujuk kepada pendapat orang tuaku, mungkin juga teman rapat yang memahami diri ini, dalam melakukan keputusan. tetapi nasihat yang paling aku akan ambil kira sekali dari ayah. bukan tidak mampu membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri, tapi aku selesa mengambil kira setiap bait nasihat mereka dalam melakukan sesuatu perkara. jadi, tidak matangkah aku kerana sentiasa bergantung harap kepada nasihat-nasihat tu semua? tidak. aku tak rasa pun camtu. seperti yang aku cakap, matang itu adalah perkara subjektif. memang kita tidak akan lari daripada masalah, ya masalah itu suatu yang pasti. pergilah kemanapun, masalah pasti akan ada, walaupun hanya satu. tetapi jika kita bijak, kita akan menghadapi masalah itu, bukan melarikan diri daripadanya.


bagi aku...orang yang matang itu bukan hanya matang dari segi pemikirannya, tetapi juga perlakuannya. matang bukan sekadar melihat kepada kehebatan seseorang itu dressing up mengikut trend semasa, bukan juga kerana kemewahan harta. bukan juga kerana kepandaiannya score marks dalam exams ataupun kerana dia bijak membaca pemikiran sesiapa. dan bagi aku, orang yang matang itu adalah orang yang mampu menahan diri daripada menyakiti hati sesiapa, mampu menahan kesakitan dari setiap masalah yang menimpa, masih mampu tersenyum walaupun banyak dugaan menimpa. dan yang paling penting tidak lupa diri dan sentiasa berusaha mencari keredhaan daripada-Nya. 






"you have a hard and long path of journey in this world. why should you only catter on the problems that came? take them as privileges and matured yourself through the experiences. don't regret anything in your life. you're not alone, because Allah is always with you. just trust Him, you'll never regret it"





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...