nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


February 17, 2012

Cantik...perlu ke?

Assalamualaikum wbt.

Aku nak meluahkan rasa tidak kepuasan hati yang melambung tinggi mengalahkan ombak tsunami. amaran awal! post kali ini hanya luahan hati dan perasaan yang telah disimpan dan dipendam bagai jeruk buah salak dalam botol yang untuk dijual dan dimakan.


Sejujurnya aku rasa kecewa yang teramat sangat sampaikan kalau boleh tertinggung-tinggung, mesti aku dah buat bila aku tengok semakin ramai orang yang memandang luaran lebih dari peribadi itu sendiri. kadang-kadang benda ni buat aku terfikir, kenapalah boleh jadi camni, kat mana la salahnya dan siapa pulak yang aku nak salahkan dengan bagi cop mohor "SI SEMPURNA" setepek kat dahi dia! jawapan yang paling cliche aku selalu dapat...


aku : kenapa eh blaa...blaa...blaa...blaa...
si polan : nak buat camne dohh, dah lumrah manusia...kau kena paham tu.
aku : *muka hampa plus nak memaki-maki pun ada gak sebab menyampah dengan jawapan camtu, tapi memang betul pun...haihhhh


si minah plastik yang selalu dipuja jejaka-jejaka tampan di luar sana, cehhhh!


Okay biar aku tunjuk dalam bentuk perbandingan nak bagi korang paham.


bila cantik
~selalu dipilih untuk jawat apa-apa jawatan sebabnya dia kiut-miut sangat, geramnya tengok muka rasa nak cubit-cubit je!
bila kurang tak cantik
~kalau bernasib baik dapat laa jugak jawatan bila tercalon (dicalonkan pun sebab orang sekeliling menganjing nak bagi malu) tapi tu pun dapat pegang jawatan yang paling cikai sekali.


bila cantik
~ " Hye adik, boleh abang tumpangkan?" siap orang offer nak jadi driver/kuli/balaci dengan gembiranya!
bila kurang tak cantik
~ " Hye adik, boleh abang tumpangkan?" GEDEGANGGG! ohh rupanya aku mimpi je (=___=)


bila cantik
~ si cantik kenyit-kenyit mata lalu si penjual pun berkata, "Ye adik manisss, mau beli apa? itu harga boleh kasi kurang lagi untuk cik adik manisss". ( motif : senang dapat discount rate pada kadar melampau yang tak masuk akal! )
bila kurang tak cantik
~ si hodoh melemparkan senyuman ikhlas. lalu si penjual berbicara dalam hati, "Nak mintak discount la tu, puihh! dalam mimpi pun aku x bagi!" ( motif : niat murni si hodoh selalu disalah ertikan, sobsss! )


bila cantik 
~ "Sir/Madam nampak sangat bergaya, kacak, handsome/ayu, anggun, cantik lah harini. apa rahsia ni? share la petua awet muda Sir/Madam tu dengan saya, hihihi". kemudian si cantik tersenyum kambing tersengih-sengih sampai gusi kering demi mengampu lecturer. pappp! serta-merta carry marks naik mendadak mengalahkan top scorer dalam kelas.
bila kurang tak cantik 
~ "Sir/Madam, saya tak faham subtopik ni. boleh explain lagi?" lalu lecturer dengan muka kelat tak berapa sudi dan ikhlas memberi penerangan so-so jeee. dan berkata, "Kalau tak faham lagi, awak tanya lah kawan-kawan yang lain." ( hanya certain lecturer perangai hodoh camni, bukan semua )


bila cantik
~ "Ehemm, tumpang lalu...", banyak mata-mata nakal dari para jejaka buaya yang mengiringi ketika si cantik berkata-kata lalu dibukakan laluan seluas-luas supaya si cantik tak tersadung lalu jatuh di atas anak tangga! ( motif : kalau orang cantik mintak tolong, senang je dapat, xyah nak tunggu lama, berduyun-duyun datang! )
bila kurang tak cantik
~ "Maaf, tumpang lalu yea..." si hodoh berkata-kata dengan sopannya. tetapi para jejaka memandang jelek dan sempat mengutuk dalam hati dengan berkata, "Elehhh, nak bajet sopan ayu depan aku pulak, ingat aku nak terpikat? harapan jela, puihh!" ( motif : nak mintak tolong pun payah, siap kena kutuk bagai dulu padahal orang tu mmg betul-betul tengah susah! )


bila cantik
~ "Kau jangan lupa follow blog marina heliya tau, tau! blog dia awesome, cool habis! dia pun cantik sangat!" kata si polan kepada si polan. ( motif : followers ramai cecah ribuan orang hanya kerana cantik )
bila kurang tak cantik
~ "Krikk...Krikk...Krikk" bunti cengkerik berkumandang. alahai bila lah nak bertambah-tambah follower aku ni. ( motif : blog dipandang sepi )


alangkah bagus kalau kita guna kelebihan "CANTIK" yang diberi ke jalan yang diredhai Allah, kannnnnn?


Yang buat aku tak puas hati, kenapa bila cantik je baru kau nak layan orang tu baik-baik? kenapa bila cantik je baru kau nak kawan dengan dia? kenapa bila cantik je baru kau boleh susah payah nak tolong? kenapa bila cantik je kau perlu sokong? kenapa laaa manusia memandang cantik luaran je...rugi sangat ke jadi orang yang cantik dalaman ni? sungguh! aku tak paham. jenis manusia apa korang ni???


Cuba sekali korang letak diri kat tempat orang yang tak cantik luaran tu. kau boleh rasa apa yang diorang rasa? cukuplah aku rasa diorang ni serabai otak berperang dengan perasaan sendiri, jangan kita manusia yang hipokrit ni menambahkan lagi rasa kusut di hati. si hodoh sudah cukup sakit untuk menerima kenyataan, hakikat dirinya sendiri, masa tu ada korang kisah? tak...kalau korang kisah, korang tak buat macam ni.




Cantik tu memang satu aset. beruntunglah empunya badan yang dapat kurniaan Allah tu. tapi jangan la nak salah guna untuk kepentingan duniawi pulak. bukan setakat orang sekeliling, kucing burung bahkan lalat yang tengok pun naik menyampah! eh yeke??? dan lagipun sampai bila laa korang yang cantik-cantik belaka ni menyalahgunakan kecantikan korang tu? ingat ni, semua tu hanya sementara, so tepuk dada tanya iman. Cantik bukan boleh bawak mati pun, kannnnn? sudahnya dalam kubur kena makan ulat jugak. sekian terima kasih.







p/s : aku menyampah dengan lecturer yang pilih kasih. kalau nak pilih kasih sangat, pergi laaa join rancangan Rosyam Nor tu, tak berjiwa pendidik langsung!

4 comments:

  1. haha, tak best juga kalu ada pilih kasih ni ^^

    ReplyDelete
  2. ni mesti kes, lecturer sis kan! rezeki masing2. yang penting b'syukur dgn apa yg kita ada ^^' hidup mmg tak sempurna, hik3. *fikiran budak2*

    ReplyDelete
  3. pada yang cantik luar , tapi perangai tak elok tuuu, mungkin dia perlu makan sikit mekap untuk cantikkan dalaman dia .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...