nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


February 17, 2012

Monolog dalaman untuk orang kaya

Assalamualaikum wbt =)


dengan duit, semua benda kau nak beli, show off betul!


Ada apa dengan kaya...?


Bila kaya, semuanya semudah 1, 2, 3. Cakaplah nak apa, boleh petik jari sahaja. nak shopping, berlambak card credit ada. nak beli kereta boleh, tak perlu nak usha dari jauh bak kata pepatah dekat di hati, jauh di mata. nak pergi mana-mana, drebar kereta dah bersedia. nak makan penuh satu meja, boleh terus order sahaja. nak melepaskan tekanan jiwa, boleh pergi melancong pada bila-bila masa. nampak tak apa kau ada bila kau kaya?


Tapi sayang seribu sayang...


Kaya sahaja tak guna kalau tiada budi bahasa. kaya sahaja tak guna kalau buruk pekertinya. kaya sahaja tak guna kalau suka mengeji, menghina orang kurang upaya. kaya sahaja tak guna kalau tidak mahu membantu meringankan beban orang susah di sekeliling kita. kaya sahaja tak guna kalau kedekut untuk menderma. kaya sahaja tak guna kalau liat mengeluarkan harta ke jalan yang diredhai-Nya.


Hakikatnya...


Dengan kaya mungkin boleh beli pelbagai harta benda termasuk jiwa manusia, dan dengan kaya kau mampu untuk memiliki hampir kesemua perkara dalam dunia...tetapi yakinkah kau akan bahagia di akhirat sana seperti ketika kau masih bernyawa di dunia?


Renung-renungkan dan selamat beramal. sekian.

peringatan untuk diri sendiri.

7 comments:

  1. miss tyna : spread the words to others! =)

    ReplyDelete
  2. err...i mean the message, not the words, hihi =D

    ReplyDelete
  3. kaya kalau xbahagia buatpe jugak..=.='

    ReplyDelete
  4. shairah, mmg betul tu. sep sikit, sep sikit, ahakss! =)

    ReplyDelete
  5. ptt bila dh kaya diorang leh tambah lagi sedekah, tu la guna duit yg berlambak tu sebenarnya..hehe

    ReplyDelete
  6. ekmal : kalaulah semua orang kaya berfikiran camtu, confirm xde orang miskin dalam dunia, tapi tulah sayang...xsemua orang kaya fikir camtu =(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...