nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


February 12, 2012

Edisi siasat : Hari Valentine...Apakah rahsianya?

Assalamualaikum wbt.

Sejujurnya aku x layak nak berceramah bagai sebab aku pun x pernah diiktiraf sebagai ustazah bertauliah dari universiti-universiti macam UIA, USIM apetah lagi yang berprestij macam Universiti Alexandria, Kaherah mahupun Tanta kat Timur Tengah tu. Tapi x bermakna aku x boleh saling ingat mengingatkan saudara2 aku sendiri. Siapa mereka? Ya, mereka adalah saudara seagamaku, penganut agama Islam di seluruh dunia. Tapi sekarang aku nak fokus lebih2 sikit kat orang Melayu yang beragama Islam dalam Malaysia ni dulu, harap maklum sekian terima kasih :)

Okay aku tau maybe ramai yang macam dah boleh nak predict apa yang aku nak tulis untuk entri kali ni. Basi x basi. Lapuk x lapuk. Aku nak jugak cakap pasal ni! Harini dah 12 Feb, maksudnya tinggal lagi dua hari sebelum 14 Feb datang. Macam biasa lah, alaaa macam yang semua orang dah sedia maklum dan terlebih maklum ( couple2 hot mahupun lemau kat luar sana ) macam x tau pulak, 14 Feb ni kan Hari Valentine. Atau pun hari yang lebih famous lagi dikenali sebagai Valentine's Day dalam bahasa omputihnye. 

Sekarang baik aku straight to the main point, apa kisah di sebalik Hari Valentine? Dipersilakan baca =)

KISAH PERTAMA

Dikaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 - 18 Feb. Dua hari pertama dikhususkan untuk menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno iaitu Juno Februata. Dan pada 14 Feb juga, para pemuda Rom akan memilih nama para gadis pilihan hati mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian, para pemuda ini diberi peluang untuk membuat cabutan secara rawak dan nama gadis yang tertera pada kertas yang dicabut undi akan menjadi pasangan ( atau lebih spesifik lagi dianggap sebagai objek hiburan seks ) mereka selama setahun. Keesokan harinya, mereka akan meminta perlindungan dari dewa Lupercalia dari serangan serigala dengan menyembelih seekor kambing dan anjing. Kemudian dua pemuda Rom yang paling gagah akan dipilih untuk  disapukan dengan darah haiwan yang telah disembelih tadi sebelum dicucikan dengan susu. Seterusnya mereka berdua akan mengetuai perarakan secara besar-besaran dan memukul sesiapa sahaja yang berada di laluan mereka dengan menggunakan kulit binatang. Kebiasaannya, para wanita akan berebut-rebut untuk mendapatkan pukulan tersebut kerana beranggapan ia dapat menambahkan kesuburan mereka.

KISAH KEDUA

Dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. Paderi St. Valentine merupakan orang penting yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaaan Islam ni pada masa tu. Atas kejayaan ni, beliau dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Feb merupakan hari kejatuhan Islam Andalusia di mana para penganut Kristian meraikan hari ni sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam agama yang zalim.

KISAH KETIGA

Dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom bernama Claudius II. Disahkan oleh rekod2 lama dan terdapat dua versi berbeza.

(1) versi pertama
Pada masa pemerintahan Cladius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara dan diseksa. Paderi St. Valentine sebagai seorang penganut agama Kristian yang tegar dan aktif menyebarkan ajaran agama tersebut turut dipenjarakan oleh Claudius II. Walaupun dipenjarakan, St. Valentine tetap mengajar dan menyebarkan ajaran agama Kristian dalam kalangan para banduan di samping membantu mereka meloloskan diri dari penjara. Akhirnya, kegiatan ini telah diketahui oleh Claudius II dan dia telah mengeluarkan arahan supaya St. Valentine diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Feb. Pengorbanan St. Valentine dianggap oleh para penganut Kristian sebagai pengorbanan yang dilakukan beliau kerana cinta terhadap agamanya. Malah mereka menyamakan beliau dengan Jesus yang mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga semasa beliau masih di hayatnya semasa di penjara, beliau telajh jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum mati dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan "From Your Valentine". Maka orang Kristian mengambil 14 Feb sebagai satu tarikh demi memperingati hari kematian paderi kesayangan mereka dan meraikan hari kasih sayang.

(2) versi kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang belum berkahwin adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang sudah berkahwin. Oleh itu, Claudius II telah menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun, St. Valentine menentang keras tindakan tersebut malah beliau telah mengadakan acara pernikahan untuk para pemuda yang ingin berkahwin secara sulit. Namun, tindakan ini mengundang padah apabila akhirnya diketahui oleh Claudius II yang mengarahkan supaya St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Feb 269M. 


Aku tau mesti ada pihak sumbang sumbing yang akan cop aku berfikiran kuno, kolot, kampung lepas dah habis baca entri ni. And kalau diorang boleh face to face dengan aku sekarang mesti diorang cakap GO TO HELL YOU BITCH! or WATCH WHAT U'RE SAYING MORON! kena setepek straight kat muka aku. Tapi kan...ada aku kisah? Ramai je bestfriends aku yang couple, but the main point here that i wanna say bukan x leh couple, tapi please don't celebrate Valentine's Day! Ada paham? X paham lantak kau lah bebal sangat.

Bagi yang x menyambut, tahniah aku ucapkan. Tapi bagi yang terasa/teringin/tergerak hati nak menyambut tu, ehem2 tepuk dada tanya selera. Still nak lagi ke sambut lepas tau kisah di sebalik apa yang terjadi masa 14 Feb tu? Terang2 agama kita kena pijak, tenyeh , lunyai dengan agama lain...kan? Okay x nak cakap panjang, ada akal pakai, kalau x nak guna bedah itu otak kasi derma pun dapat pahala, at least boleh buat bekalan ke syurga, maklum lah dosa pun bertan2 beratnya, x tertanggung badan tu terima azab kat neraka. Adiosss!








p/s : Tiada boyfriend bukan bermaksud anda seorang yang LOSER, sekian pandangan ikhlas dari hati.

1 comment:

  1. yeah. valentine days bukan budaya kita. bukan juga agama kita. so tinggalkan jauh-jauh kan =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...