nuffnang

the | person | behind | the | dream |chaser

My photo
a daughter who loves her parents and family so much. a friend who treasures friendship more than her relationship with a guy. a student who has always tried her best and gave it all out in whatever she is doing. a loner who is still searching for her eternal love that she believes can bring her together to jannah. last but not least...a humble servant who heart belongs to Allah swt. and my name is Farhana Latiff.

disable right click

moving title

button follow and dashboard


February 21, 2012

Masa kecil-kecil dulu......

Assalamualaikum wbt.

Dalam nak percaya dengan tak, 2012 dah menandakan usia aku genap 20 tahun. (tapi birthday aku belum lepas cause imma a Libra babies! teehee~) sedar2 je aku dah besar, orang tua2 kata dah anak dara pun. tapi aku selalu rasa macam baru semalam je aku kena marah dengan mak sebab balik waktu Maghrib bila keluar main dengan kawan2. dan aku selalu gak rasa macam baru semalam je aku kena kejar dengan anjing masa lalu kawasan semak untuk balik rumah lepas habis sekolah agama. dan macam2 lagi la benda yang aku rasa macam baru je berlaku semalam. cepat betul masa ni berlalu...




masa kecil dulu, aku suka buat benda-benda ni. dan sampai sekarang aku masih lagi suka buat benda yang sama ( just certain part la memandangkan kalau aku buat semua, mesti free2 kena cop pesakit mental dek orang yang nampak, aku dah besar kannnn? ahaks! ahaks! )


Masa kecil dulu...1
aku suka cakap depan kipas. sebab aku nak dengar suara sendiri jadi suara robot. sanggup duduk sampai kebas bontot semata-mata nak rekod suara robot tiruan aku yang paling menjadi. aku rasa sangat cool!


Masa kecil dulu...2
bila nampak motor keling yang jual jajan, roti dengan kek peket ( yang dia gantung kat motor tu ) lalu depan rumah, aku akan kejar dengan selaju yang mungkin sambil jerit kuat2 suruh dia berhenti. sebab aku suka sangat makan kek lapis 3 warna yang dia jual tu ( kuning, hijau, pink kadang2 oren ) dan aku just boleh dapatkan kek tu dari motor keling, tu pun kalau bernasib baik dapat laa makan sekali seminggu. kat kedai runcit mana ada. dan aku panggil kek tu kek pelangi.


Masa kecil dulu...3
aku lah orang yang paling happy bila hujan turun. sebab aku suka main hujan. bagi aku, lagi lebat lagi bagus! masa tu x terfikir pun bahaya kalau panah petir, yang penting dalam otak ni dapat main hujan. walaupun mak x pernah bagi. aku siap curi2 keluar rumah ikut pintu belakang semata-mata nak main hujan. lagipun aku payah nak demam. alhamdulillah, masih bernafas hingga sekarang.


tumblr lq8pv0q9FC1qj6onbo1 500 60+ Tumblr Photography


Masa kecil dulu...4
aku suka makan chewing gum bentuk bulat yang dalam plastik dia ada warna merah kuning oren. sebab chewing gum tu manis. lepas tu aku dengan kawan2 akan lawan siapa boleh buat bubble paling besar. last2 bubble meletup kena bibir ngan muka, amek kau setepek! padan muka! bhahahahaha!




Masa kecil dulu...5
permainan favourite masa main petang2 adalah main masak-masak, police entry dan kahwin-kahwin. sebab bila main masak-masak, aku boleh berangan jadi chef terkenal. bila main polis entry, aku boleh berangan jadi kuat ( hakikatnya aku tomboy masa kecil pastu aku main tumbuk2 dengan budak lelaki kat area rumah aku, cehhhs ). bila main kawen-kawen lak, aku suka jadi pengapit. kalau pengantin ade laa kena paksa beberapa kali tapi aku tak rela, muahahahhaaha. aku lagi suka jadi pengapit tak pun tukang tabur bunga rampai sebab aku boleh baling daun-daun yang kitorang kutip kat muka kawan aku, jahat habis aku ni, ngehngeh~



Masa kecil dulu...6
aku suka main bubble yang boleh tiup-tiup tu. kalau sabun dalam botol tu dah habis, aku tukar dengan sabun Sunlight mak aku. pernah one time tu, aku habiskan Sunlight mak semata-mata nak ganti sabun dalam botol yang dah habis. mak aku pun, apelagi....terus angin laaaa! muehheheeeheheee!


tumblr lke1l95JFt1qj5xeko1 500 60+ Tumblr Photography


Masa kecil dulu...7
aku suka berangan! nak ada baju cantik banyak-banyak, nak ada bilik sendiri siap dengan kaler pink macam patung Barbie, nak ada rumah besar macam istana, nak kahwin dengan anak raja la, pot pet pot pet blaa blaa blaa blaa. pendek kata semua benda aku nak, bhahahahahaha! tapi itu dulu, sekarang dah tau beza apa tu realiti apa tu angan-angan, so kena la berpijak di atas bumi yang nyata. kesimpulannya, berangan tu boleh tapi jadikan angan-angan tu cam batu loncatan untuk dapatkan apa yang kita nak. tapi jangan la pulak kau berangan tak ingat dunia. maksudnya berangan je lebih cam Mat Jenin tapi effort sikit pun takde. hmmm harapan tinggal harapan jela.....





actually, aku rasa rindu sangat nak jadi budak kecil balik. masa tu memang tak payah langsung nak fikir susah senang cari duit, dan macam-macam lagi laaaa. tapi masa yang dah berlalu...akan terus berlalu. so aku buat keputusan untuk teruskan hidup macam budak-budak sampai la ke tua. ehh...eh...stop! bukan nak jadi budak-budak sampai tua, tapi untuk terus belajar dan mematangkan diri aku dari semasa ke semasa. ecehhh, ayat skema gila, okay boleh muntah tepi longkang sekarang, muehehehehehe~ gelak sambil lap hingus terpeset-peset. aku tak suka selsema, gyaaaahh! (=_____=' )


sekian untuk post kali ni, with loves, wasalam! =)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...